Halaman

Cara kurangkan berat badan

Adakah anda mempunyai masalah berat badan? Atau anda ingin kehilangan lebih cepat? Berikut adalah 17 tips terbaik untuk anda. Bagi sesetengah orang kehilangan semua berat badan yang berlebihan mereka adalah lebih mudah berkata daripada dilakukan. Tetapi terdapat banyak kesilapan yang biasa orang buat. Membetulkan mereka boleh memulakan semula atau mempercepatkan penurunan berat badan anda.

Berikut adalah beberapa cara-cara mengurangkan berat badan:

1)      Kawal pemakanan dan banyakkan senaman.
2)      Berjoging setiap hari.
3)      Bermain badminton hujung minggu.
4)      Kurangkan pengambilan gula, coklat, air berkarbonat, kafein, dan karbohidrat.
5)      Lebihkan sayur dan lauk – nasi cuma sengenggam.
6)      Minum air masak 3 liter.
7)      Minum susu dan makan roti pada waktu malam jika lapar.
8)      Makan 5 kali sehari untuk meningkatkan metabolisma.
9)      Ambil makanan yang pedas.
10)  Elakkan makanan seperti
a.       Soft drinks/minuman bergas
b.      Minuman manis seperti kopi, teh susu
c.       Roti putih, roti canai
d.      Kek, muffin
e.       Makanan/minuman pek segera
f.       Makanan dalam tin
g.      Makanan begoreng
h.      Makanan segera
i.        Jeruk dan snek buah
11)  Berjalan 45 minit sehari
12)  Makan bijiran semasa sarapan
13)  Makan hanya bila lapar
14)  Elakkan tabiat yang menyebabkan perut buncit
a.       Makan pada lewat waktu – perut masuk angina, menjejaskan proses metabolisme
b.      Suka minum air bergas
c.       Suka makan lewat malam/sebelum tidur
d.      Suka berjaga lewat malam
15)  Makan dengan tertib
16)  Kurangkan garam dalam makanan
17)  Hindari sembelit
18)  Makan serat seperti epal, pear
19)  Banyakkan senaman seperti jogging, aerobic
20)  Berjalan pantas – tahan otot perut semasa berjalan dan lepaskan seketika
21)  Jangan berlapar
22)  Rekodkan pemakanan setiap hari
23)  Senaman untuk kempiskan perut
a.       Bicycle exercise – baring dan gerakkan kaki seperti kayuh basikal, lutut kaki kanan mesti kena siku tangan kiri dan sebaliknya
b.      Bangkit tubi kaki tegak – naikkan kaki tegak lurus dan bangkit tubi seperti biasa
c.       Bangkit tubi tangan tegak – luruskan tangan dan bangkit tubi
d.      Bangkit tubi terbalik – angkat kaki mendekati dada
e.       Senaman plank – buat seperti tekan tubi, tapi cuma letak tangan depa atas lantai dan tahan selama 1 minit

Site Meter