Halaman

Cara kurangkan jerawat

Kebanyakan orang mendapati mereka mengalami wabak jerawat pada satu ketika, sama ada ia disebabkan oleh hormon atau tekanan. Bertentangan dengan kepercayaan popular, jerawat tidak bermakna kulit anda adalah kotor atau najis - sebenarnya, lebih-pembersihan boleh merengsakan kulit anda lebih. Berikut adalah cara untuk mendapatkan berseri, kulit yang sihat dan menghapuskan jerawat selama-lamanya.

Berikut adalah cara-cara mengurangkan jerawat:

1)      Kurangkan pengambilan gula kerana pengambilan gula yang banyak menyebabkan jerawat menjadi semakin teruk.
2)      Menggantikan ikan sebagai sumber protein dalam diet kerana ikan mengandungi omega 3 yang baik untuk kulit dan mencegah pembentukan jerawat.
3)      Mengambil zink seperti telur, bijiran, dan cendawan kerana zink dapat menambah imunisasi badan dan merawat penyakit.
4)      Semasa mencuci muka elakkan dari melakukan pekara berikut:
a.       Jangan cuci muka keterlaluan - merosakkan kulit, gosok perlahan supaya peredaran darah lancar
b.      Jangan guna sabun ketul – kulit kering, kulit berminyak guna pencuci berasaskan gel/buih, kulit kering guna pencuci mengandungi formula kelembapan
c.       Jangan guna pencuci muka/toner yang mengandungi bahan kimia berbahaya
d.      Jangan guna air terlalu panas/sejuk
5)      Cuci muka dengan betul
a.       Bersihkan tangan dengan sabun
b.      Bersihkan muka dengan air/ hilangkan makeup bagi wanita
c.       Sapu pencuci muka dan gosok dengan perlahan selama 1 minit
d.      Bilas muka dengan bersih dan sapu toner guna cotton bud untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit
e.       Sapu pelembap pada muka
6)      Elakkan dari terdedah kepada matahari atau lampu terlalu lama.
7)      Jangan picit jerawat.
8)      Rehat secukupnya dan elakkan dari kurang tidur.
9)      Elakkan makan makanan begoreng, pedas, kopi, coklat, makanan laut selain ikan.
a.       Ayam goreng, kentang goreng, donat
b.      Aiskrim, coklat, biskut
c.       Beras putih, pasta, roti
10)  Banyakkan makan buah, sayur, dan minum air putih yang mencukupi.
11)  Sembelit merupakan punca jerawat.
12)  Pilih produk pencuci muka dengan betul.
13)  Elakkan dari terdedah kepada udara yang kotor seperti asap dan habuk.
14)  Derma darah dan berbekam cara yang baik untuk mengurangkan jerawat.
15)  Makan makanan yang mengandungi omega 3 - Ikan laut, kerang, telur ayam, udang

Site Meter