Halaman

Apa jenis pegerakan yoga itu?

Satu jemaah dari Malaysia telah dihantar untuk membuat dakwah di sebuah daerah yg sangat jauh diluar negara. Seorang alim bercerita, sewaktu jemaah tersebut melakukan solat fardhu berjemaah dikawasan awam, penduduk tempatan disekitar mengelilingi jemaah tersebut dengan perasaan kagum & ingin tahu. Seusai solat berjemaah, penduduk tempatan bertanya kepada jemaah tersebut, apakah jenis pergerakan yoga yang jemaah telah lakukan tadi. Kerana penduduk kawasan tersebut tidak pernah melihat pergerakan tersebut(solat) dan merasa amat tenang sejahtera melihat mereka bersolat. Sehinggakan penduduk disitu menyuruh jemaah tersebut mengajar mereka cara untuk bersolat.

Begitulah keadaan ummat hrini. Mereka dahagakan iman. Tetapi mungkin seruan iman , Islam tidak pernah sampai kepada mereka. Siapakah yang sepatutnya menyampaikan kpd mereka? Harini orang Islam terlalu banyak ber'facebook', ber'blogging', bercinta, berpolitik, sibuk dengan urusan dunia sehinggakan dakwah tidak dijalankan. Namun, sebahagian muslim meninggalkan kesenangan dunia untuk menyukakan Allah, untuk sebarkan agama Allah keseluruh pelusuk dunia. Dan Allah janjikan syurga untuk mereka.

Ampunkanlah segala dosaku Ya Allah.

Site Meter