Halaman

Cara mendapatkan keinginan anda

Saya teringat seorang kawan dan alim masa belajar dulu seorang anak orang kaya. Saat dia belajar agama. Suasana belajar yang agak susah dan sangat jauh dari keluarga. Dia sedih kerana terasa hidupnya susah. Dia teringin hidup macam anak orang lain. Tapi kerana suasana belajar yang sangat susah dan makanan yang tidak sesuai.

Dia tulis segala keinginan dia di sebuah kertas. Seorang alim ajar bila teringin sesuatu yang tidak dapat diperoleh kerana kita sibuk belajar agama atau kerana perintah Allah mengadu pada Allah. Bila berdoa, dia kata ya Allah saya nak ini dan itu. Tapi kerana saya sedang belajar agama dan kerana perintahMu, saya korbankan apa yang saya nak. Kerana CintaMu ya Allah.

Saya lihat hari ini segala keinginannya Allah telah beri. Antaranya dia ingin suka berjalan jauh-jauh. Hari ini dia telah sampai banyak negara kerana dakwah. Dia inginkan isteri seperti yang dia pernah sebutkan. Allah telah beri padanya. Hajat dia untuk jadi anak yang menunaikan harapan ibubapa. Kini dia dapat menunaikan hajat itu.

Kata dia pada saya, sahabat Nabi saw cinta dan berkorban untuk agama sehingga keinginan mereka dipendam sehingga mereka mati demi agama. Kini pasti Allah sedang menunaikan segala keinginan mereka. Dalam Al-Quran Allah janji, dan di akhirat nanti akan kami tunaikan segala apa yang kamu inginkan dan segala apa yang kamu cita-citakan.

Baik kita mati dari meninggalkan dakwah Nabi saw dan Sunnah Nabi saw - ustaz Ebit Lew

Site Meter