Halaman

Cara menulis resume dalam bahasa melayu

Terdapat banyak contoh resume kerja kerajaan mahupun kerja swasta di luar sana. Di sini saya akan terangkan beberapa perkara yang perlu ada dalam resume anda.



Antara Contoh Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume Kerja Kerajaan …

1. Nama anda

2. Objektif kareer anda – apa yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja

3. Alamat, no telefon dan email anda.

5. Kelebihan anda – kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda.

6. Latar belakang akademik anda – pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga peringkat tertinggi.

7. Pengalaman bekerja – tempat lama anda bekerja, berapa lama anda di sana, jawatan yang dipegang, pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut

8. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa anda

9. Rujukan – pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.

Anda boleh tulis resume anda dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris, saya syorkan anda menulis dalam bahasa Melayu. Sekiranya anda menulis dalam Bahasa Inggeris, anda akan ditanya lebih banyak dalam bahasa Inggeris semasa temuduga nanti.

Site Meter