Halaman

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE IPTA SESI 2014/2015

Pemohon boleh layari http://upu.moe.gov.my untuk keterangan lanjut

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar telah dibuka pada 20 Januari 2014
• IPTA bagi calon lepasan STPM
• IPTA/Politeknik Premier bagi calon lepasan SPM
• Politeknik Konvensional, METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi calon lepasan SPM Dan SKM

Makluman Untuk Calon STPM 2013
Semua calon STPM 2013 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2013 yang akan diumumkan pada minggu ketiga Mac 2014 untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2014/2015 (Fasa 1 : 20 Januari hingga 7 April 2014).

Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (2 hingga 6 Mei 2014) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1.

Perhatian

Sebarang maklumat yang tepat dan terkini mengenai maklumat dan permohonan kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Premier & Konvensional, METrO dan ILKA hanya boleh diperolehi menerusi portal rasmi BPKP (UPU) di http://upu.moe.gov.my

Pihak BPKP (UPU) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan maklumat daripada mana-mana sumber lain sama ada media elektronik mahupun media massa seperti Facebook dan sebagainya, selain daripada maklumat yang tersiar di dalam portal rasmi BPKP (UPU).

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) menasihatkan pelajar-pelajar agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang melibatkan sebarang bayaran wang tunai bagi kemasukan ke universiti. Hubungi talian hotline UPU di 03-8870 6767 untuk sebarang maklumat lanjut.

Site Meter