Halaman

Pesawat MAS hilang telah dirampas

Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa seorang warga Itali yang disenaraikan dalam penerbangan MH370 tidak pernah menaiki pesawat tersebut.Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar Itali Corriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu.Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.

“Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan),” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA. Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi.“Setakat ini kita puas hati,” katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.

Ditanya jika ini boleh menunjukkan kemungkinan berlaku rampasan, beliau berkata MAS dan pihak berkuasa ” tidak menolak semua kemungkinan”.Pengawal trafik udara terputus hubungan radar dengan Boeing 777-200 di sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam kira-kira 200 batu nautika di luar pantai Kota Baru ketika ia dalam perjalanan ke Beijing. Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia. Pesawat itu yang dilaporkan hilang semasa terbang di atas Laut China Selatan juga merupakan penerbangan perkongsian kod dengan dengan China Southern Airline.

Site Meter