Halaman

Jepun julang Piala Thomas selepas tewaskan Malaysia 3-2 [VIDEO]

JEPUN julung kalinya menjuarai Piala Thomas selepas menewaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, sebentar tadi.


Mata kemenangan diraih pemain perseorangan ketiganya, Takuma Ueda yang menewaskan Liew Daren, 21-12, 18-21, 21-17.
Terdahulu, Lee Chong Wei meletakkan Malaysia di hadapan setelah menewaskan pemain perseorangan pertama Jepun, Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Jepun bagaimanapun menyamakan kedudukan apabila pasangan pertamanya, Kenichi Hayakama-Hiroyuki Endo menewaskan pasangan negara, Tan Boon Heong-Hoon Thien How, 11-21, 21-17, 21-19.

Jepun seterusnya mendahului 2-1 apabila pemain perseorangan keduanya, Kento Momota menewaskan Chong Wei Feng 21-15, 21-17.

Pasangan kedua negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menyamakan kedudukan 2-2 apabila menewaskan Keigo Sonoda-Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12.


Site Meter