Halaman

Kisah Misteri Bola Tenis

Sahrin berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Sahrin dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Sahrin berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Sahrin mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Sahrin. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Sahrin, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Sahrin hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola tenis aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola tenis.

Masa kian berlalu, kini Sahrin mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Sahrin mahukan. Sahrin masih tetap mahukan 2 biji tenis. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Sahrin 2 biji bola tenis.

Semasa di university, Sahrin terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola tenis dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Sahrin makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Sahrin hendak. Sahrin masih tetap mahukan bola tenis.

"Kau ni, asik2 bola tenis! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor!"

Namun, Sahrin tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Sahrin, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Sahrin amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Sahrin dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Sahrin tadak harapan nak sembuh, lalu Sahrin mengeluarkan kesemua bola tenisnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak.. ameklah bola tenis yang saya simpan ni.." kata Sahrin kesakitan.

"Sahrin, selama ni ko asik mintak bola tenis aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola tenis ini..." kata Sahrin

"Apa dia" tanya bapa Sahrin

Tetapi belum sempat Sahrin memberitahu meisterinya, Sahrin menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Bapa Sahrin menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau??

Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Tenis dan akan menjadi misteri selamanya.

Site Meter