Halaman

Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara buat kali ke-10

LISBON 25 Mei - Real Madrid muncul juara Liga Juara-juara buat kali ke-10 selepas menumpaskan Atletico Madrid 4-1 dalam perlawanan akhir yang menyaksikan tiga gol dijaringkan pada masa tambahan.


Real sudah hampir menyaksikan pasukan jirannya itu menjulang trofi sehinggalah Sergio Ramos menyelamatkan mereka apabila menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-90 setelah Diego Godin meletakkan Atletico di depan pada minit ke-36.



Real kemudian menambah tiga gol dalam masa tambahan menerusi Gareth Bale pada minit ke-110, Marcelo pada minit ke-118 dan Cristiano Ronaldo pada minit ke-120 hasil sepakan penalti. - UTUSAN ONLINE


Site Meter