Halaman

Adidas Brazuca dibuat oleh wanita Pakistan


Wanita Pakistan ini tidak pernah kenal kapten bola sepak Argentina, Lionel Messi. Negaranya juga langsung tidak tersenarai untuk berentap pada Piala Dunia 2014. Namun, Gulshan Bibi, ibu kepada lima orang anak itu tidak sabar menunggu ketibaan pertandingan bola sepak paling berprestij di dunia tersebut. Ini kerana, dia turut terlibat secara tidak langsung iaitu menghasilkan bola yang dikenali sebagai Brazuca.

Apabila Brazil dan Croatia beraksi pada perlawanan pembukaan di bandar terbesar di Brazil, Sao Paulo pada 12 Jun ini, para pemain mungkin menggunakan bola yang dibuat oleh Gulshan dan rakan-rakannya. Mereka bekerja di kilang Forward Sports di bandar Sialkot yang terletak di timur Pakistan.

"Saya memang tertunggu-tunggu musim Piala Dunia dan dengan izin Allah, kami akan menonton perlawanan tersebut nanti. Bola yang kami buat akan digunakan pada kejohanan itu dan semua wanita yang bekerja di sini berasa sungguh bangga," ujarnya.

Pakistan terkenal dalam permainan kriket, namun dalam bola sepak ia menghuni tangga ke-159 dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


Kosmo

Site Meter