Halaman

Brazil pamer prestasi terbaik menjelang Piala Dunia 2014

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari mengakui gembira melihat peningkatan prestasi yang dipamerkan pasukan itu menjelang pusingan akhir Piala Dunia 2014 yang bakal membuka tirai pada 13 Jun depan.

Scolari menyuarakan kegembiraan itu selepas skuad Samba membelasah Panama 4-0 dalam satu aksi pemanas badan awal pagi semalam.

Bagaimanapun, bekas pengurus Chelsea tersebut mengakui bahawa beliau masih perlu melakukan sedikit perubahan dalam skuad kendaliannya itu.

Scolari berkata, beliau yakin pasukan itu berada di landasan tepat untuk mengharungi aksi pertama Piala Dunia 2014 menentang Croatia, 13 Jun depan.

Site Meter