Halaman

Cara nak bunuh semut

1. Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping/bunga cengkih tidak menghilangkan/menukar rasa manis gula.

2. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4. Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya.

5. Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6. Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7. Letak kulit timun berdekatan sarang semut atau laluannya.

8. Gunakan produk Miraculous Insecticide Chalk (fulamak nama dia!) dengan menggariskan kapur tersebut di bahagian yang kita tak nak semut datang. Mana-mana semut yang terkena garisan kapur tersebut akan mati.

9. Taburkan lada hitam  atau campurkannya dengan sedikit serbuk kunyit. Membakar!

10. Gaul racun semut dengan ikan goreng pastu letak la beberapa tempat serata rumah. Racun boleh juga digaul dengan makanan lain asalkan boleh menarik perhatian semut-semut. Semut akan bawa makanan beracun tersebut ke dalam sarangnya dan jika dimakan, semut akan mati.

Site Meter