Halaman

Hari Gawai disambut meriah

KUCHING - Perayaan Gawai Dayak yang disambut esok merupakan kuasa penyatuan bagi semua kaum serta melambangkan kesatuan kaum Dayak di negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, perayaan tersebut mampu menyatukan rakyat sama seperti sambutan perayaan-perayaan lain kerana ia diraikan bersama oleh semua masyarakat melalui amalan ziarah-menziarahi antara satu sama lain.

Katanya, masyarakat berbilang kaum di Sarawak juga sudah lama mengenali erti saling menerima dan hormat menghormati antara satu sama lain.

"Kita perlu membina lebih banyak 'jambatan perhubungan' antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di sini selain menghindari daripada terbinanya tembok pemisah antara kita," katanya dalam perutusan Hari Gawai Dayak di sini hari ini. - KOSMO!

Site Meter