Halaman

Kereta atau rumah..yang mana patut saya beli dahulu?

Kereta atau rumah..yang mana patut saya beli dahulu?
1
Kereta bukan pelaburan yang bagus, manakala rumah pula pelaburan yang bagus untuk jangka masa lama.

Harga kereta baru akan berkurang hampir separuh setelah dibeli manakala harga rumah pula akan sentiasa meningkat setelah dibeli
2
Kereta boleh digunakan sbg pengangkutan alternatef ketika musim hujan dan perjalanan jauh, namun saya ada motorsikal dan masih bujang. Redah hujan dan perjalanan jauh dengan motor bukan lah satu masalah besar.

Sekarang nie saya sewa rumah bersama teman2. Tetapi jika saya beli rumah, saya dapat menukarkan bayaran sewa rumah kepada bayaran rumah yang saya miliki. Secara tidak langsung saya dapat mengurangkan kos dan memiliki asset. Namun jika saya perlu berpindah / bertukar tempat kerja, saya perlu sewa kan rumah dan ini mungkin leceh kerana saya perlu uruskan pula.
3
Namun beli kereta dan rumah mempunyai kos selenggaraan yang perlu ditanggung.
Kesimpulan, saya memilih untuk beli rumah terlebih dahulu kerana saya rasa beli rumah membolehkan saya memiliki asset dari bajet duit rumah sewa saya dan beli kereta hanya akan menambahkan beban hutang saya.

Site Meter