Halaman

Pelajar perempuan dibuli di Sarawak [VIDEO]

SHAH ALAM - Polis sedang menyiasat kes seorang pelajar perempuan dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan lain dimana rakaman tersebut telah tersebar di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Kejadian tersebut berlaku pada 25 April lalu di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak.

Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Polis Datin Asmawati Ahmad, pihaknya menerima laporan berkenaan perkara itu sehari selepas kejadian tersebut.

"Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

"Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan," katanya yang dipetik di Facecook rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Site Meter