Halaman

Rampasan Dadah Meningkat 116%. Undang2 Kini Tak Berkesan?

Ipoh: Polis Perak mencatat kejayaan tertinggi berbanding kontinjen lain seluruh negara dalam membanteras kegiatan dadah membabitkan kes bekalan, permintaan dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK), bagi tempoh Januari hingga Mei 2014.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata, sepanjang tempoh lima bulan lalu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, berjaya membuat tangkapan seramai 5,179 orang atas pelbagai kesalahan dadah iaitu peningkatan sebanyak 28.10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu seramai 4,043 orang.
"Rampasan dibuat melalui ‎tindakan serbuan dan operasi berjaya merampas sejumlah 218,227.23 gram pelbagai jenis dadah serta 1,637 biji pil khayal dengan peningkatan sebanyak 116.11 peratus.

"Dalam tempoh Januari hingga Mei ini juga, kontinjen Perak berjaya menyita harta-harta pengedar dadah ‎berjumlah RM2,508,903.30 berbanding RM1,214,455.53 pada tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 107 peratus," katanya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua JSJN Perak yang baru, Asisten Komisioner Yap Toon Khuan, di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, sebentar tadi.

Site Meter