Halaman

Samuel Eto'o buat gaya orang tua bongkok

PENYERANG Cameroon, Samuel Eto’O dilihat masih berdendam dengan pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang sebelum ini menggelar pemain itu sebagai pemain tua.

Buktinya, penyerang Chelsea itu sekali lagi meraikan jaringan gol dengan membuat gaya seperti orang tua bongkok.

Sebelum ini, Eto’O turut melakukan gaya sama selepas merekodkan jaringan pertama Chelsea ketika menentang Tottenham Hotspur, 3 Mac lalu.

Tindakan itu susulan kenyataan Mourinho yang menjelaskan pemain itu bukan berusia 33 tahun, sebaliknya 35 tahun.

Dalam aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2014 menentang Jerman awal pagi semalam, Eto’O meletakkan Cameroon di hadapan pada minit ke-62.

Aksi pemanas badan di Stadium Borussia Park itu berakhir dengan keputusan seri, 2-2.

Site Meter