Halaman

Gambar menghina Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

Laman Facebook yang dilihat banyak mengkritik kerajaan dikesan menghina Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dengan gambar yang direka dalam keadaan cukup memalukan.

Gambar yang menunjukkan baginda seperti terbaring di atas jalan raya dan badannya hancur dijaja di laman Facebook dengan dikatakan baginda sudah mangkat dilanggar kereta.

Akaun itu turut menghina surah Al-Fatihah yang sering dihadiahkan kepada umat Islam yang meninggal dunia sebagai Al-Babiha. Tindakan laman itu memuatnaik gambar hasil suntingan jahat itu mencetuskan kemarahan meluap-luap pengguna laman sosial.

Pengguna Melayu melihat tindakan itu sebagai begitu menghina dan tidak langsung mempedulikan budaya serta nilai menghormati Institusi Raja Berpelembagaan yang diamalkan dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Pencarian di internet gagal menemui gambar itu yang dipercayai sudah dipadamkan. Bagaimanapun, daripada beberapa komen yang diberikan gambar itu memang dihasilkan oleh laman web itu yang menggunakan nama seperti nama India.




Tindakan itu sememangnya dilihat melampau dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu segera menyiasat dan mencari dalang yang menghasilkan dan menyebarkan gambar memalukan Ketua Negara itu.

Suatu ketika dahulu, tidak pernah ada seorang pun yang berani mencabar atau menghina institusi beraja kerana menghormati sistem berkenaan yang mendukung status agama Islam dan bangsa Melayu di dalam negara ini.

Jelasnya, gambar yang dihasilkan dalam isu ini begitu menghina dan keadaan Tuanku Abdul Halim digambarkan dalam keadaan yang begitu sadis dan tragis.

Individu yang bertanggungjawab di dalam kes gambar ini perlu ditangkap dan segera dibawa ke muka pengadilan kerana perbuatan seperti ini dilihat semakin menjadi-jadi tanpa ada batasan dan tanda ia akan berhenti.

Pihak berkuasa perlu mula melaksanakan tindakan tegas menghukum individu-individu tidak bertanggungjawab ini agar orang lain mendapat pengajaran dan tidak mahu melakukan perkara yang sama.

Sumber mynewshub.my 

Site Meter