Halaman

Cara Pemasaran atau Promosi Produk Affiliate

1. Pemasaran atau Promosi melalui pengiklanan PERCUMA

Saya tahu anda pasti sukakan yang percuma sebab itulah saya berikan anda tajuk ini. Sebenarnya kaedah ini kurang berkesan tetapi saya juga ada mencubanya dan berjaya menghasilkan beberapa jualan produk affiliate. Cuma anda perlu pelbagaikan ayat-ayat promosi dan fokus kepada link Affiliate. Jika boleh, buatkan pelawat tak tidur malam kalau tak membuat klik link affiliate anda. Jangan ulang ayat yang sama kerana ia lebih dilihat sebagai spam. Kalau boleh, buat promosi secara berjadual contohnya 1-5 promosi pengiklanan sehari.

2. Pemasaran atau Promosi melalui Forum

Forum adalah tempat terbaik untuk anda membuat promosi. Sebaik-baiknya bina kredebiliti anda dahulu di ruangan forum supaya anda dikenali sebagai individu yang serius hasilkan duit dari internet. Anda boleh Letakkan banner ataupun ayat-ayat power di ruangan Signature sebagai umpan untuk  memancing pelawat membuat klik pada link affiliate anda. Jangan lupa perkenalkan diri dan komen secara beretika sepuas puasnya. Pilih Niche yang sesuai dan lakukan komen secara berjadual. Tak perlu habiskan masa seharian untuk komen di laman forum. Yang penting umpan yang dipasang adalah daripada adunan terpilih.

3. Pemasaran atau Promosi menggunakan Facebook

Malas saya nak cerita banyak pasal Facebook. Saya list beberapa teknik percuma untuk membuat pemasaran Affiliate di Facebook.

a. Gunakan Wall Post
Gunakan kreativiti anda sendiri untuk memasang ayat-ayat umpan. Jangan lupa masukkan link affiliate. Tinggalkan mesej yang berbentuk persoalan untuk menarik minat pelawat ingin tahu.

b. Gunakan Event
Isi keterangan ringkas tentang apa yang ingin anda sampaikan atau aktiviti yang ingin anda lakukan

c. Sampaikan artikel ringkas di dalam Note
Hasilkan artikel yang memberi informasi mengenai Affiliate yang ingin anda promosikan

d. Private message dan Foto
Hantar mesej kepada rakan-rakan FB anda secara beretika. Jangan sesekali menghantar mesej kepada orang yang anda tidak kenali kerana anda akan dianggap membuat spam. Sampaikan foto dalam bentuk yang menarik perhatian orang ramai .

e. Gunakan FB Fan page/groups
Saya rasa artikel berkenaan pemasaran Facebook Fanpage ini telah saya huraikan panjang lebar. cari sendiri lah

g. Chatting
Sambil berchatting selitkan beberapa link affiliate dan anda perlu pasang strategi untuk membuat pemasaran sebegini. Tackle dulu masalah rakan anda. Gunakan pendekatan Soft selling.

4. Pemasaran atau Promosi mengggunakan Blog

Gunakan blog anda sebagai landing page. Sebaik-baiknya 1 blog untuk 1 produk Affiliate atau 1 Niche sahaja. Jangan pelbagaikan kerana anda dilihat macam tak professional. Tuliskan review berkenaan produk affiliate dan tips. Anda boleh sertakan bonus tambahan sekiranya pelawat membeli produk affiliate dari link affiliate anda. Pasang banner di ruangan blog anda dan Jangan terlalu banyak kerana ia buatkan blog anda nampak tak kacak dan tak pro.

Kaedah kedua, buat carian blog yang bersangkutan dengan affiliate anda contohnya anda nak mencari blog buat duit online, Anda boleh menaip di google

“blog buat duit online”

Kemudian tinggalkan komen-komen membina di blog-blog yang telah anda pilih. Subscibe blog berkenaan untuk memastikan anda mendapat komen yang pertama.

5. Pemasaran atau Promosi menggunakan email

Pemasaran email merupakan teknik pemasaran atau promosi yang terbaik. Ia  mudah untuk diselenggara, Anda Cuma perlu copy ayat-ayat promosi dan kongsikan kepada rakan-rakan anda. Sebaik-baiknya buat dalam bentuk share seolah-olah anda tawarkan satu peluang kepada rakan-rakan anda dan tak mengkhususkan kepada satu orang.

Read more - http://www.mudahkot.com/2013/07/Teknik-Panduan-Cara-Pemasaran-atau-Promosi-Produk-Affiliate.html

Site Meter