Halaman

Keputusan Pahang vs JDT (1/11/2014) Piala Malaysia

Pahang vs Johor Darul Takzim (JDT)

Pahang menumpaskan JDT setelah terikat 2-2 melalui penentuan sepakan penalti 5-3.

Pada minit ke 14 Stadium Nasional Bukit Jalil mula bergema dengan sorakan penyokong Tok Gajah apabila Dickson Nwakaeme menanduk masuk gawang JDT hasil sepakan percuma Azidan.

Pereyra Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke 38 bagi JDT menyamakan kedudukan 1-1.

4 minit kemudian JDT telah dihadiahkan sepakan penalti apabila bola didapati telah terkena tangan Razman Roslan. Luciano Figueroa dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti bagi JDT mendahului 2-1.

Pertahanan Pahang Saifulnizam dilayangkan kad merah apabila didapati menumbuk Amri Yahyah.

Pada minit ke 69 Dickson Nwakaeme menggandakan jaringannya pada malam ini bagi kembali menyamakan kedudukan 2-2 sehingga tamat masa tambahan dan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Penalti 'Mat Yo' Norshahrul Idlan Talaha telah diselamatkan penjaga gawang Pahang Khairul Azhan.

Sepakan penalti kelima Hafiz Kamal memastikan gelaran juara Piala Malaysia kekal dibumi Pahang.  



Site Meter