Halaman

Tambah kekayaan dengan berhutang

Bagi sahabat yang telahpun bebas dari hutang, alhamdulillah, tahniah! Ia langkah awal sebelum kita fokus kembangkan kekayaaan. Satu berita baik yang saya nak kongsikan untuk mereka yang bebas hutang, kita sebenarnya boleh memanfaatkan pinjaman untuk menggandakan kekayaan!

Maksud Sebenar “Bebas Hutang”

Dulu saya fikir, orang yang bebas hutang ialah orang yang bebas daripada segala bentuk pinjaman. Tapi bila saya study balik, itu bukan maksud sebenar “Bebas Hutang”. Walaupun memang bagus hidup tanpa buat apa-apa pinjaman, tapi kita akan terlepas peluang-peluang untuk gandakan kekayaan menggunakan teknik yang digunakan oleh orang kaya-kaya di dunia iaitu OPM (use Other People’s Money).

“Bebas Hutang” juga bermaksud kita ada pinjaman, tetapi bebas daripada segala tanggungan atas pinjaman. Caranya ialah kita memanfaat apa yang dikatakan Good Debt untuk gandakan kekayaan sedia ada.

Good Debt ialah hutang yang membuatkan kita lebih kaya, iaitu hutang yang disandarkan kepada aset yang sentiasa meningkat nilainya! (Topik pasal Good Debt saya pernah sentuh dalam artikel “Hutang Berkat vs Hutang Mudarat”). Untuk mudah faham, saya bagi contoh pinjaman yang saya dah buat disaat saya menulis artikel ni, iaitu;

Pinjaman #1: Perumahan

Saya membeli sebuah apartment kos sederhana berharga RM94,000, tingkat 1, persekitaran terurus baik, jarak cuma 500 meter dari sekolah rendah dan sekolah menengah, dekat dengan KL, mempunyai reserved parking, dan mudah disewakan. Rumah ni boleh dapat penyewa pada bila-bila masa. Bila penyewa keluar, terus orang berebut nak sewa. Dan nilai hartanah meningkat sekitar 10% setahun.

Ansurannya RM550 sebulan, tetapi ia ditanggung oleh penyewa sebanyak RM550 sebulan, dan saya dapat insentif daripada majikan sebanyak RM250 sebulan sebab membeli rumah. Dan jangan lupa, nilai sewaan rumah tu makin lama makin meningkat, sedangkan ansuran pinjaman bank tetap RM550 selama tempoh pinjaman 25 tahun! Katakanlah lepas 5 tahun saya nak jual rumah tu, pada ketika tu nilai apartment tu dah naik at least sekitar RM130,000 – RM150,000 dan saya untung sekitar RM50,000! InsyaAllah. Berita lebih baik, pinjaman perumahan tu dilindungi oleh Takaful. Kalau saya mati, waris saya dapat rumah tu free!

(Pinjaman dibackup dengan hartanah, dan takaful, dibayar oleh penyewa)

Pinjaman #2: Peribadi

Saya buat pembiayaan peribadi dari Bank Islam sama dengan jumlah yang saya layak keluarkan dari EPF, Akaun 2. Saya gunakan kesemua duit pinjaman peribadi tu untuk membeli emas & perak yang nilainya naik at least 10% – 15% setahun. Ansurannya RM550 sebulan, tetapi duit ansuran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pengeluaran EPF RM550 sebulan (sama kadar ansuran membeli rumah). Saya fikir, daripada duit tu terbiar dalam EPF yang dividennya cuma 5% (dan pelaburannya bercampur halal dan haram), lebih baik saya manfaatkan untuk membeli emas yang untungnya lebih baik, insyaAllah.

Berita lebih baik, kalau saya mati, pinjaman peribadi tu dilangsaikan oleh Takaful (pakej pinjaman), dan waris saya akan dapat emas & perak tu percuma bersama baki duit EPF yang belum lagi dikeluarkan!

(Pinjaman dibackup dengan emas & perak, takaful, dibayar dengan duit simpanan EPF)

Pinjaman #3: Ar-Rahnu

Saya pajak sebahagian emas saya untuk dapatkan tunai, dan tunai tu saya rolling untuk bisnes emas yang confirm untung! Kos pajak 1.15% sebulan, tapi saya biasanya dapat keuntungan at least 5% sebulan hasil daripada urusniaga bisnes dengan menggunakan duit pajak (duit orang lain). Kalau saya mati, waris saya cuma perlu ambil duit yang saya namakan “Dana Pajak”, bayar pada Ar-Rahnu untuk tebus balik emas-emas tersebut.

(Pinjaman dibackup dengan emas, untuk urusniaga emas yang confirm untung)

Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/cara-menggandakan-kekayaan-dengan-hutang.html#ixzz3JihhZqaK


Site Meter