Halaman

Abu Nawas dan Hukum Berdasarkan Mimpi

Pada suatu petang, Abu Nawas kelihatan sedang mengajar murid-muridnya dan datanglah dua orang tetamu yang datang ke rumahnya. Yang pertama adalah wanita tua penjual kahwa, sedangkan yang satunya adalah seorang pemuda berbangsa Mesir.

Wanita tua itu berkata hanya beberapa kata saja kemudian diteruskan oleh pemuda Mesir. Setelah mendengar pengaduan mereka, Abu Nawas menyuruh murid-muridnya untuk menutup kitab mereka.

"Sekarang pulanglah kalian dan ajaklah teman-teman kalian datang kepadaku pada malam hari ini sambil membawa cangkul, penggali, kapak dan martil serta batu," ujar Abu Nawas.

Walaupun para murid merasa hairan dengan perintah gurunya, namun mereka tetap patuh dengan perintah sang guru.

Pada malah harinya mereka datang ke rumah Abu Nawas dengan membawa peralatan yang diminta sang guru.

Lalu Abu Nawas memerintahkan mereka untuk merosakkan rumah Tuan Kadi yang baru saja terpilih. Abu Nawas juga mehegaskan bahawa mereka harus mrobohkan rumah tersebut, bahkan kalau ada yang menghalang haruslah mereka lawan.

Setelah mendapat arahan dari Abu Nawas, para muridnya langsung menuju rumah Tuan Kadi. Mereka menghancurkan rumah Tuan Kadi dengan kalap. Masyarakat sekitar yang melihat ulah mereka merasa heran dan mereka tidak berani mencegah sama sekali.

Melihat rumahnya dirosakkan, tuan kadi marah besar namun tak berdaya.
"Siapa yang menyuruh kalian merosakkan rumahku!
"Guru kamu, Tuan Abu Nawas!" jawab mereka Sambih merobohkan rumahnya hingga benar-benar rata dengan tanah.
"Dasar Abu Nawas provokator, orang gila! Esok pagi aku akan melaporkannya kepada Baginda," teriak Tuan Kadi penuh amarah.

Benar, pada keesokan harinya Tuan Kadi mengadukan kejadian malam itu sehingga Abu Nawas dipanggil agar segera menghadap raja.

Baginda raja menanyakan apa alasan Abu Nawas melakukan pemusnahan tersebut. Namun bukan Abu Nawas jika tidak mempunyai jawapan yang unik.

Dijelaskan oleh Abu Nawas bahawa dia melakukan kemusnahan kerana beberapa hari yang lalu bermimpi dan di dalam mimpi tersebut, tuan kadi memintanya untuk merosakkan rumahnya kerana ingin rumah yang baru.

Lalu sang raja menanyakan bagaimana Abu Nawas boleh hukum hanya berdasarkan mimpi saja.
Mendengar soalan itu Abu Nawas dengan tenang menjawab,
"Hamba juga memakai hukum Tuan Kadi yang baru ini Tuanku."

Mendengar perkataan Abu Nawas, seketika wajah Tuan Kadi menjadi pucat.a hanya terdiam seribu bahasa saja.
"Hai Kadi, benarkah engkau mempunyai undang-undang seperti itu?" tanya sang raja.
Tapi Tuan Kadi tiada menjawab, wajahnya nampak pucat dan tubuhnya gementar kerana takut.

Kemudian Abu Nawas diminta untuk menjelaskan
Dengan tenang Abu Nawas menceritakan bahawa ada seorang pemuda Mesir darang dengan harta melimpah ruah. Namun kemudian dia bermimpi berkahwin dengan anak Tuan Kadi. Dia memberikan mas kawin yang sangat banyak. Lalu mimpi itu cepat tersebar dan sampai ke telinga Tuan Kadi.

Lalu Tuan Kadi memanfaatkan mimpi itu dengan meminta harta pemuda itu untuk mas kahwin anaknya. Padahal itu hanyalah mimpi belaka sedang menurut Tuan Kadi itu perlu dilakukan, sehingga pemuda itu jatuh miskin.

Selepas cross ceck dengan mendatangkan pemuda Mesir itu, akhirnya raja sedar jika kadi yang ditunjuknya itu adalah orang zalim. Kemudian raja memberikan hukuman mengambil harta kadi dan diberikan kepada pemuda Mesir tersebut.

Tuan Kadi dimasukkan ke dalam penjara kerana telah berbuat zalim dan menyalahgunakan kuasa.

Site Meter