Halaman

RESEPI Goreng Pisang Rangup yang MUDAH...!!!

RESEPI Goreng Pisang Rangup yang MUDAH...!!!

Langkah-Langkahnya adalah seperti berikut :-

Bahan-bahan :

* Pisang secukupnya (cth pisang abu : dibelah dua)
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan air sejuk
* sedikit garam
* 1 sudu makan gula (optional)
* 3 sudu makan kelapa parut
* sedikit serbuk kunyit

Cara-cara :

1. Satukan tepung, baking powder, garam, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit di dlm bekas yg agak besar. Ratakan.
2. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan.
3. Masukkan pisang yg telah dibelah dua tadi ke dlm batter dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
4. Panaskan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng.
5. Gorenglah pisang hingga masak keemasan.


* boleh juga letak sedikit baking powder jika suka.
* campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.


*Resepi ini adalah salah satu resepi versi sendiri. Jika ada terluang nanti, saya akan kongsikan satu lagi resepi pisang goreng yang rangup dan sedap.

Nota:

Ramuan lain yang boleh merangupkan pisang goreng ialah seperti kapur makan dan telur..

Site Meter