Halaman

Abu Nawas Memberi Nasihat Pada Orang Kaya

Kisah Abu Nawas kali akan menceritakan cerita tentang bagaimana si Abu Nawas memberi nasihat kepada jirannya yang merupakan salah seorang hartawan yang zalim.

Salah seorang pemuda di dekat rumah Abu Nawas mendadak menjadi kaya raya kerana harta wariasan yang diterimanya.
Namun sayang, kerana tak mampu menguruskan harta ia akhirnya menjadi hartawan yang zalim dan jatuh miskin.

Kisahnya ...
Salah seorang pemuda menjadi kaya kerana warisan dari orang tuanya.
Kehidupannya drastik menjadi orang kaya dan hampir semua orang ingin berkawan dengannya.
Berita akan kekayaan si pemuda ini cepat ersebar hingga ke pelosok desa, dan masyarakat kagum akan megahnya rumah yang dia bangun, ya kerana memang tampak berbeza dengan rumah lain.

Selalu Pesta.
Enatahlah apa yang ada di hati si pemuda ini, hampir setiap hari dia mengadakan pesta di rumahnya.
Kerana dipujuk oleh beberapa teman agar menyajikan parti yang lebih meriah dari hari ke hari, lama kelamaan kekayaannya pun mulai menipis kerana untuk pesta meriah yang diadakannya sendiri.

Benar saja, hanya dalam waktu yang singkat, wang yang dimiliki pemuda tersebut telah habis, bahkan dirinya tak mampu lagi memberi gaji kepada pembantunya sendiri.
Kesannya lagi, kawan-kawannya mula menjauhinya dengan perlahan-lahan pula.

Nasehat Abu Nawas.
Pemuda tersebut benar-benar menjadi miskin dan hidup sebatang kara tanpa seorang pun yang mendampinginya.
Pemuda itu berniat mendatangi Abu Nawas agar kembali mendapat berkat.
Pemuda itu mengutarakan maksudnya,
"Wang saya sudah habis dan kawan-kawan saya telah meninggalkan saya, apa yang seharusnya aku lakukan," keluh pemuda itu.
"Jangan bimbang, segalanya akan normal kembali, tunggu saja beberapa hari ini, kau akan kembali tenang dan bahagia," tutur Abu Nawas.
"Jadi saya akan segera kembali kaya," kata pemuda itu girang.

"Bukan begitu maksudku, kau salah tafsir, maksudku dalam waktu yang tidak terlalau lama kau akan terbiasa menjadi orang yang miskin dan tidak mempunyai teman," jelas Abu Nawaskepada pemuda tersebut.

Kemudian Abu Nawas menjelaskan bahawa apa yang diterima dan dialami oleh pemuda tersebut adalah akibat dari apa yang dialkukannya sendiri.
Selain itu, dirinya pun tak pernah sekali pun untuk berusaha menguruskan harta yang dimilikinya.

Site Meter