Halaman

Abu Nawas Dalam Kisah Lima Telur Untuk Tiga Orang


Salah seorang diantara gundik raja telah merebus lima butir telur dan raja mengundang Abu Nawas untuk makan bersama.
"Aku ingin agar kamu yang membahagikan lima telur ini secara adil dan tanpa perlu memecahkan untuk kita bertiga," kata Raja Harun.


Tanpa ragu-ragu sama sekali, Abu Nawas mengambil lima butir telur tersebut dan berkata,
"Yang Mulia, ini sebutir untuk Baginda sebab Baginda sudah mempunyai dua butir. Saya juga sebutir. Sedangkan yang tiga butir ini untuk gundik Baginda, sebab dia tidak punya sebutir pun di bawahnya."
Sejenak raja terdiam, sejurus kemudian Baginda tertawa dan baru mengerti perkataan Abu Nawas itu. Jawapan Abu Nawas itu menggembirakan hati raja dan selepas makan telur, Abu Nawas diperintahkan untuk pulang dan diberi hadiah.

Site Meter