Halaman

Athletic Bilbao Menang Spanish Super Cup Ke Atas Barcelona

Kemenangan ke atas Barcelona sangat bermakna bagi pasukan Athletic Bilbao kerana ini merupakan piala pertama bagi mereka sejak 31 tahun yang lepas.

Barcelona seperti biasa menguasai perlawanan dan banyak melakukan serangan. Namun serangan yang banyak dilakukan itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghasilkan jaringan yang banyak.

Apa yang lebih membimbangkan bagi pasukan Barcelona ialah barisan pertahanan mereka yang kelihatan sangat goyah dan tidak kukuh. Barcelona telah dibolosi sebanyak 9 gol dari 3 perlawanan terakhir mereka.

Luis Enrique perlu memikirkan cara yang terbaik bagi memantapkan barisan pertahanan Barcelona kerana jelas sekali pertahanan pasukan mereka bermasalah.


Site Meter