Halaman

Manchester City 3-0 Chelsea

Kemenangan besar Manchester City 3-0 ke atas lawan mereka Chelsea yang merupakan penyandang Juara EPL musim lepas sangat mengejutkan penyokong Chelsea.

Sentuhan penyudah Sergio Aguero,Vincent Kompany dan Fernandinho menggembirakan penyokong Manchester City.

Sergio Aguero mengemudi jentera serangan dengan garang dan melakukan banyak percubaan tanpa berputus asa yang mana akhirnya membuahkan hasil dengan jaringan gol pembukaan beliau.

Vincent Kompany juga tampak lebih yakin dan kembali kepada prestasi terbaik beliau dalam mengetuai barisan pertahanan Manchester City.

Ketiadaan Penjaga Gol Utama Chelsea Thibaut Courtois juga memberikan sedikit kesan kepada prestasi pasukan Chelsea yang banyak bergantung kepada corak permainan bertahan dan melakukan serangan pantas.

Site Meter